Dasar Privasi


Kenyataan Privasi Kerajaan Negara Brunei Darussalam

  1. Ini adalah laman portal Brunei Darussalam. Terima kasih kerana membaca dan memahami kenyataan privasi kami.
  2. Jika awda hanya melihat laman web ini, kami tidak akan menyimpan data yang membolehkan kami mengenalpasti awda secara individu.
  3. Jika awda memilih untuk membuat suatu permohonan atau mengahantar e-mel yang awda berikan kepada kami dengan data personaliti yang dikenalpasti, kami mungkin berkongsi data dengan agensi awam yang lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan awda dengan cara yang paling cekap dan berkesan, kecuali perkongsian tersebut dilarang oleh undang-undang. Kami tidak akan berkongsi data peribadi awda dengan entiti bukan kerajaan, kecuali dengan yang tersebut telah diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan Kerajaan yang tertentu.
  4. Untuk kemudahan awda, kami akan menunjukkan kepada awda data awda sebelum ini yang awda berikan kepada kami atau agensi-agensi kerajaan yang lain. Ini akan mempercepatkan transaksi dan kesulitan yang berulang kali. Sekiranya data menjadi out-of-date, sila berikan data terkini. Kami akan menyimpan data peribadi awda sahaja bagi penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada awda.
  5. Untuk melindungi data peribadi awda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
  6. Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web bukan kerajaan yang mana memiliki sistem keselamatan yang berbeza dengan pihak ini. Kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungan dan privasi di laman-laman web yang lain dan menggalakan awda untuk mendapat khidmat nasihat dengan notis privasi laman tersebut.

Mengenai gov.bn


Gerbang tunggal anda kepada kesemua maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. gov.bn mempunyai pelbagai ciri-ciri yang direka khas untuk membantu rakyat, perniagaan atau pelawat mencari maklumat yang berkaitan dan juga untuk melibatkan diri dengan kerajaan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Seterusnya...

Talian Kecemasan


Ambulans: 991
Polis: 993
Bomba & Menyelamat: 995
Mencari & Menyelamat: 998
Talian Darussalam: 123

Get Social with Us:



Jumlah Pelawat:




Statistik Portal
Dikemaskini Sejak : 17-Jun-2017