Gambaran Keseluruhan Mengenai Kerajaan Digital


VISI:
​Kerajaan Digital Untuk Mencapai Wawasan 2035

MISI:
Untuk Menerajui Transformasi Digital dan Menjadikan Perkhidmatan Kerajaan Lebih Mudah, Cepat dan Boleh Diakses

Apakah Strategi Kerajaan Digital?

Teknologi terus berkembang dengan sangat pesat. Meskipun kerajaan pantas menerima pakai alat-alat baharu dalam pelbagai proses urusan semasa, sangat penting bagi kita untuk terus menganalisis kemungkinan terdapat sebarang perubahan yang dibawa oleh teknologi baharu ini.

Visi menggambarkan peluang tanpa had yang dicipta oleh teknologi. Kerajaan digital bukan setakat mencakupi inisiatif bahawa teknologi digunakan sebagai alat, tetapi juga memaparkan dialog, interaksi, dan pemerkasaan kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan. Selaku sebuah kerajaan digital, kita akan terus mempersoalkan tentang status quo, dan mencabar kaedah konvensional yang kita gunakan untuk menjalankan aktiviti bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan.

Dengan berbuat demikian, kita berhasrat untuk menyediakan negara dengan alat dan keupayaan untuk mencapai pembangunan negara yang mampan. Kita mesti sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan, keberkesanan, kualiti dan kebolehaksesan maklumat dan perkhidmatan yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial, selain melindungi alam sekitar. ​