Identiti Digital


Akaun e-Darussalam adalah kunci pengesahan digital tunggal yang memberikan orang ramai akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan online yang disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan perkhidmatan single sign on yang lebih selamat, mudah dan cepat.

Akaun e-Darussalam disediakan untuk rakyat (kad pengenalan kuning), penduduk tetap (kad pengenalan merah) dan penduduk dari luar negeri yang mempunyai pas pekerjaan dan permit kerja (kad pengenalan hijau).

Nombor Kad Pengenalan Kebangsaan anda adalah Nombor ID mandatori akaun e-Darussalam anda, dan anda boleh memilih kata laluan tersendiri.

Akaun e-Darussalam membolehkan orang ramai untuk memohon jawatan kosong di sektor kerajaan dan awam, memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan, membayar bil elektrik dan banyak lagi secara online.

Anda boleh mendaftar akaun e-Darussalam di sini.


Mengenai gov.bn


Gerbang tunggal anda kepada kesemua maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. gov.bn mempunyai pelbagai ciri-ciri yang direka khas untuk membantu rakyat, perniagaan atau pelawat mencari maklumat yang berkaitan dan juga untuk melibatkan diri dengan kerajaan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Seterusnya...

Talian Kecemasan


Ambulans: 991
Polis: 993
Bomba & Menyelamat: 995
Mencari & Menyelamat: 998
Talian Darussalam: 123

Get Social with Us:



Jumlah Pelawat:




Statistik Portal
Dikemaskini Sejak : 17-Jun-2017