Melabur Di Brunei


Dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara, Kerajaan Negara Brunei Darussalam telah mengenal pasti lima kelompok pelaburan utama iaitu halal, teknologi kreatif dan inovatif, perkhidmatan perniagaan, pelancongan dan industri hiliran minyak dan gas. Sektor-sektor berkenaan dihasratkan untuk mengukuhkan lagi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam yang kaya dengan sumber-sumber asli dan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.


Mengapa Melabur di Negara Brunei Darussalam?

Negara Brunei Darussalam yang terletak di tengah-tengah rantau ASEAN menjadikan ianya tempat yang strategik untuk pangkalan perniagaan. Dengan radius penerbangan yang hanya dalam beberapa jam ke negara-negara jiran seperti Vietnam, Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia, ianya mempunyai akses mudah ke pasaran Asia Tenggara.

Pelabuhan laut dalamnya, iaitu Pelabuhan Muara mempunyai 13 perkapalan yang mana di sambungkan ke 15 pelabuhan di rantau ini – pelabuhan di Singapura, Hong Kong, Malaysia, Thailand, Filipona dan China. Sebanyak 34 pelayaran dibuat setiap bulan.

Negara Brunei Darussalam juga menandatangani beberapa perjanjian perdagangan dengan negara-negara ASEAN dan rakan kongsi perdagangan Asia Timur seperti China, Jepun dan Korea Selatan. Ia juga mempunyai hubungan perdagangan yang komprehensif dengan negara-negara di Timur Tengah seperti Bahrain, Kuwit, Oman dan Qatar. Dengan ini, ianya telah memudahkan perniagaan dan usaha keusahawanan di dalam negara.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai peluang pelaburan di Brunei Darussalam, sila hubungi:

FDI ACTION AND SUPPORT CENTRE (FAST)

Tingkat 3, Bangunan Design & Technology,
Anggerek Desa Technology Park,
Simpang 32-47, Kg Anggerek Desa

Emel: investment.promotion@bedb.com.bn

Mengenai gov.bn


Gerbang tunggal anda kepada kesemua maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam. gov.bn mempunyai pelbagai ciri-ciri yang direka khas untuk membantu rakyat, perniagaan atau pelawat mencari maklumat yang berkaitan dan juga untuk melibatkan diri dengan kerajaan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Seterusnya...

Talian Kecemasan


Ambulans: 991
Polis: 993
Bomba & Menyelamat: 995
Mencari & Menyelamat: 998
Talian Darussalam: 123

Get Social with Us:



Jumlah Pelawat:




Statistik Portal
Dikemaskini Sejak : 17-Jun-2017